Sabtu, 18 April 2015

7 Dosa yang Membinasakan



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sihir
adalah salah satu di Antara 7 Dosa yang Membinasakan

Amalan sihir adalah amalan syeitan yang boleh mendatangkan dosa besar disisi Allah SWT. Amalan ini sama dengan menyekutukan Allah, siapa saja yang memperlajari dan kemudian dia mengamalkannya maka ia berdosa, apalagi sampai mencapai prihal kejahatan.

Dalam sebuah hadits Rosulullah SAW bersabda :
“ Jauhilah diri kamu daripada tujuh (7) dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya: ”Apakah dosa itu wahai Rosulullah?” Baginda berkata : “ Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”(HR. Muslim)

Dengan ini jelas bahwa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahwa ia berlaku atas keizinan Allah SWT. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin kafir dan syetan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu berarti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syetan bagi tujuan-tujuan tersebut.

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syetan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu sihir ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syetan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin kafir atau hantu (syetan) bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu (syetan) tersebut dikenali sebagai berikut :

  1. Hantu Bungkus : Boleh meresap dalam tubuh manusia
  2. Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu. (Jin akan menyerupai wajah perempuan tersebut)
  3. Polong : Bagi menghisap darah mangsa.
  4. Jembalang (hantu raya) : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyangnya atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syetanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.


Tanda - tanda Terkena Sihir diantaranya :
  1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
  2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
  3. Suami dan isteri yang tiba-tiba saja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
  4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
  5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

Sahabat yang dimuliakan ...
Terdapat beberapa jenis sihir yang diamalkan oleh masyarakat melayu di nusantara :

  • 1. Patung
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut (dengan izin Allah)

  • 2. Santau
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

  • 3. Telur Layang ( Tuju-tuju )
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut .(dengan izin Allah).

  • 4. Tangkal dan Azimat
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam Jum'at atau malam kamis yang ditujukan kepada mangsanya.

  • 5. Sihir Pembenci dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan abunya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. Perbuatan ini biasanya dilakukan terhadap orang yang disukai.

Sihir cinta termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada siapa saja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati - dia cantik tetapi tidak ada yang ingin berkawin dengannya. Kalau berkawin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena? Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa diketahui sebab sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.

Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil obat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam. Dia melihat orang yang datang melamar sebagai bermuka hodoh. Pikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bagian bawah tulang punggung.

  • 5. Kerasukan
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuki oleh satu kuasa ghaib hingga tidak sadarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa ghaib di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syetan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadits dengan asnad yang Hassan bahwa Nabi SAW bersabda:
“ Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

  • 6. Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama dengan seseorang itu tahu atau tidak, karena ia datang dari keturunan pesakit. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang terdahulu. Dan diturunkan kepada generasi kemudian tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Setiap penyakit ada obatnya. Begitu juga perbuatan sihir yang dilakukan oleh bomoh dengan perantaraan jin kafir atau syetan boleh diatasi dan di ubati penyakit tersebut.


Cara-cara mengatasi gejala sihir adalah seperti berikut :
         Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizik, mental atau spiritual, maka dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir.

Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahwa Nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahwa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu’awwizat, yaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengobat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara terperinci bahwa sihir itu boleh diobati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah yaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahwa Allah SWT boleh menyembuhkan sihir insya Allah.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :
  1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
  2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
  3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Di dalam kitab Dzikir al-Mathurat karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna ada dihimpunkan ayat-ayat Al-Quran dan do'a-do'a sohih yang diajarkan oleh Rosulullah SAW untuk membina kekuatan rohani dan menghalang daripada gangguan sihir.

Lindungilah diri kita juga dengan :
  1. Banyak-banyakkan berdzikir dengan dzikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Dzikir Al-Mathurat.
  2. Menyebut nama Allah SWT dalam setiap pekerjaan.
  3. Menyebut nama Allah SWT setiap kali masuk ke dalam tempat yang gelap.
  4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  5. Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwudhulah dan membaca do'a sebelum tidur.
  6. Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
  8. Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahwa kuasa Allah SWT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit maupun yang ada di bumi dan bahwa interaksi dengan ayat-ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar. Oleh itu mereka tidak perlu berobat dengan cara-cara yang memudaratkan akidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin-jin kafir dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin kafir yang tidak beramal dengan petunjuk Allah SWT.

Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak untuk mengelak dari sebarang malapetaka ataupun tragedi. Kita berhak untuk hidup di dunia ini justru juga berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menimpa diri kita semua. Beramalah dengan ajaran Islam dan sunah Rosulullah SAW dan jangan tinggalkan do'a-do'a perlindung daripada gangguan syaitan yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua.



[Sumber: The Educational System in Islam /Karya: Arief Rachman /Penerbit: Pustaka Zahra]


    
         Semoga Artikel tentang 7 Dosa yang Membinasakan ini bisa bermanfaat, menginspirasi dan bisa menambah ilmu pengetahuan serta wawasan kita. Aamii

* Salam Ukhuwah Islamiyah dari Andi Ibnoe Badawi Mazid

0 komentar:

Posting Komentar