KISAH IMAM
SYAFII KE-1
Imam Syafi’i r.a.
(150H – 204H ) I
Nama beliau ialah Muhammad
bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid
bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah
bin Lu’i bin
Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah
bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan
beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf.
Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur
.
Penghijrahan ke Palestina
Penghijrahan ke Palestina
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya
telah berpindah ke Palestina kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di
dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan
Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur, beliau
dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah
beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama
ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba
kekurangan dan kesulitan.
Pengembaraan Imam Al- Shafe'i
Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H )
merupakan satu siri pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh
menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan
popularitasnya.
Al-Shafe’i di Makkah
( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula
sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh
ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestina ke Kota
Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya,
beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping ilmu-ilmu yang
berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dari perkampungan itu
beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga
beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah
dapat menarik perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji
yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di
peringkat remaja iaitu lima belas tahun.
KISAH IMAM
SYAFII KE-2
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H ) II
Al-Shafe'i di Madinah ( 164 H - 179 H )
Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah
dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan Imam Malik di samping
mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama
lima belas tahun. Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama
lain yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan
baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah
telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari
ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.
Al-Shafe'i di Yaman ( 179 H - 184 H )
Ketika Imam Malik wafat pada tahun
179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh
sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i.
Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran. Sejak itu
Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran Gabenor wilayah
itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan terhadap diri
Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad
atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman Al-Shafi’i kerana
kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak bersalah dan
kemudiannya beliau dibebaskan.
Al-Shafe'i di Baghdad ( 184 H - 186 H )
Peristiwa itu walaupun secara
kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepada Al-Shafi’i kerana
pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat
ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluang
bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi
dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl
al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan
Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum
beliau berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama ini
Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini (184 –
186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya,
terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping
membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid
sendiri.
Al-Shafe'i di Makkah ( 186 H - 195 H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke
Makkah membawa bersamanya hasil usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus
melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru
yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah,
satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah
gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama,
lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab
Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun (186 – 195H)
Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para ilmuan
lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu
intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang
beliau temui selama masa itu.
Al- Shafe'i di Baghdad ( 195 H - 197 H )
Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya
Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad. Keberangkatannya kali ini tidak lagi
sebagai seorang yang tertuduh, tetapi sebagai seorang alim Makkah yang sudah
mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan
kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara itu selama dua tahun
(195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat ini beliau
berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbeza dari apa yang dikenali pada
ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi yang
luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan
method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu
Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.
Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini
tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al- Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah
datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan
Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.
Al Shafe'i di Makkah dan Mesir ( 197 H - 204H ).
Sesudah dua tahun berada di Baghdad
(197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H, beliau keluar semula ke
Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H,
beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di
negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.
Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H.
Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dan diusaha-kembangkan oleh para
sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.
KISAH IMAM
SYAFII KE-3
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I
Perpindahan
beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan
perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama
berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad
disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa
lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau
ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang
diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang
dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa
barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.
Di
sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa
lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di
antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan
dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua
fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan
kepada ghalibnya sahaja”.
PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I
Di antara para sahabat Imam
Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-
·
Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun
Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.
·
Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud
Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh
wafatnya.
·
Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin
Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
·
Abu Bakar Muhammad bin Idris yang
tidak diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di Iraq pula kita menemui
ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di antara mereka ialah :-
·
Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam
Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241
·
Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad
Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
·
Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar.
Beliau wafat pada tahun 236H
·
.Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali
Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
·
Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya
Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
·
Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid
Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
·
‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani
yang wafat pada tahun 240H.
·
‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula terdapat sebilangan
tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-
·
Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin
‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264H.
·
Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman
Al-Muradi yang wafat pada tahun .
·
Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri
Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
·
Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi
yang wafat pada tahun 243H.
·
Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la
Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
·
Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah
bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun 268H.
·
Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat
pada tahun 256H.
Dari usaha gigih mereka, Mazhab
Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam di zaman-zaman
berikutnya.
PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFE’I
Menurut
Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar pengaruhnya
di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara Islam.
Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di
Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di negara-negara
timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China. Penyebaran yang
sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana
kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama dan keunggulan
Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran zamannya.
KISAH IMAM
SYAFII KE-4
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
IMAM AL-SYAFE'I DAN KITABNYA
Permulaan
Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i
secara umumnya mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya.
Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak
sekembalinya dari kunjungan ke Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i
adalah salah seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya
dan juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’
Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan
“Nasir Al-Hadith”.
Detik
terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah)
di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah
dibahagikan kepada tiga peringkat :-
·
Peringkat Makkah (186 – 195H)
·
Peringkat Baghdad (195 – 197H)
·
Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap peringkat diatas beliau
mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah menerima dan menyebar segala
pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.
Penulisan Pertamanya
Memang
agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh
Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya
dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya
keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat awalnya
tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan
usaha penulisannya.
Apa
yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang
menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahawa
kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi,
iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga menyebut
apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya
sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahan
pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan
penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya
sewaktu beliau berada di Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa
beliau menulisnya ketika berada di Iraq.
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang
jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya
kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada
para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah sukar
kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan
penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Kalaulah
keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satu
kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya sewaktu beliau
di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah
kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah
kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang
mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai
kitab ini tidak menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang di tulis di
dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun
tidak begitu jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu
beliau berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun
195 – 197H.
Bersama-sama
“Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqah yang
beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para
sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :
Al-Mahali
|
Kitab
Al-Hajj
|
Kitab
Zihar
|
Majma’ Al-Kafi
|
Kitab
Al-I’tiaf
|
Kitab
Lian
|
Uyun
Al- Masail
|
Kitab
Buyu’
|
Kitab
Hudud
|
Kitab
Al-Sunan
|
Kitab
Al-Rahn
|
Kitabqodhya
|
Kitab
Thaharah
|
Kitab
Al-Ijarah
|
Kitab
Illa
|
Kitab
Asalah
|
Kitab
Nikah
|
Kitab
Al-‘Itqu
|
Kitab
Al-Zakah
|
Kitab
Thalaq
|
Kitab
Hibah
|
Al-Shiam
|
Kitab
Shadaqoh
|
Dan
Lain-Lain
|
Setengah perawi pula telah menyebut bahwa
kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawaban
dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl
al-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’
Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata
Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama
saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawaban terhadap kitab Abu
Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka,
berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya
meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin
Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun sehingga saya
dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di
Baghdad.
Kalaulah
berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang dihasilkan oleh
Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk jawaban dan
perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl
al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa
penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 – 186H.
KISAH IMAM
SYAFI KE-5
Imam Syafi’i r.a.
(150H – 204H )
Metode Penulisan Kitab - kitab Qodim
Berhubung dengan method penulisan
kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat kita pastikan dengan yakin kerana
sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan masih lagi ada naskah asalnya dan
kemungkinan juga ianya sudah hilang atau rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun
ia tidak terkeluar – ini hanya satu kemungkinan sahaja – dari method penulisan
zamannya yang dipengaruhi dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di
dalam beberapa masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab
beliau dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat
dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa
buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang
tersendiri, kemudian kita itu pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga
mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap bab ini dimuatkan dengan
segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi
sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh
tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab
“Al-Taharah”.
Perawi Madhab Qodim
Ramai
di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara
mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :
Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang
wafat pada tahun 240H.
Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah
yang wafat pada tahun
260H.Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali
bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H
.Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun
241H.
Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya meliputi
banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.
Perombakan semula kitab-kitab Qodim
Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun
199H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya.
Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru
yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang
sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab
qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada
di Mesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan
kerana itu beliau telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan
berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka
itulah Mazhab saya”.
Di dalam kitab “Manaqib Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah
kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab
itu ialah :-
1.
Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
Menurut Al-Baihaqi
lagi Al-shafi’i
telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana fatwa ijtihadnya
telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang
para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang
ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di
sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang
ditulis fuqaha’ yang terdahulu atau
pun fuqaha’ yang terkemudian.
Kemungkinan hal ini berlaku dengan
kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan
luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka
yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat
pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang
berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong
oleh hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula
dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i,
malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila
ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.
Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya
itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di
kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i :
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid Mazhab Al-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia
memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua
pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya
KISAH IMAM
SYAFII KE-6
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
Kitab-kitab Mazhab Jadid
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
b) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
e) Di dalam bab Haji :
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :-
1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh
Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah ul
KISAH IMAM
SYAFII KE-7
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )VII
Sahabat dan murid-murid Beliau.
Ar Rabi'i bin Sulaiman al Muradi ( 174 - 270 H )
Beliau
ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad sampai ke
Mesir. lahir tahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau
inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul
Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata
Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’I pada suatu hari, di mana
didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang
mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini
suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama,
penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut
dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i”
maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di
dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu
Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar
Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl.
juga).
Al Muzany ( 175 - 264 )
Nama
lengkap beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di
Mesir 175 H dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam
Syafi’i Rhl. pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah
pembela Madzhabnya.
Setelah
Imam al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam
halakah Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun
terkemudian dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah seorang ulama yang
saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab fiqih Syafi’ iyah,
seumpama :
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
Al Humaidi ( wafat 219 H )
Nama
langkap beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau
adalah juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah
yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga
beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah
di antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi
Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan
perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke
pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq,
ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke
Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan,
India dan Indonesia.
Beliau-beliau
ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada
dua orang murid Imam Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang
kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama
Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama
murid langsung dari Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al
Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat
dalam tahun 268 H. di Mesir.
Nama
iengkap beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa
Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau
ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin
Sulaiman al Muradi.
Imam
Syafi’i berkata: “Tidak seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku
melebihi dari Yusuf bin Yahya al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat,
manakala beliau wafat maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai
pengajar adalah Al Buwaithi ini.
Beliau
menggantikan Imam Syafi’i Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau
ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau
tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya
al Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa
dengan ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di
Bagdad tahun 231 H.
Beliau
syahid karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad
kaum ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam
Allah yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).
Al Asy'ari ( 250 - 324 )
Nama
lengkap beliau adalah ‘Ali bin Isma’il bin Abi Basyar Abul Hasan al Asy’ari,
lahir tahun 250 H. di Basrah (Iraq).
Inilah
Ulama besar dalam Ilmu Usuluddin, perumus dan pembela faham Ahlussunnah wal
Jama’ah, yaitu faham Nabi, sahabat-sahabat dan tabi’in yang banyak.
Dalam
furu’ syari’at beliau pnganut yang kuat dari Madzhab Syafi’i. Beliau belajar
fiqih kepada Abu Ishaq al Marwadzi, demikian dikatakan oleh Ustadz Abu Bakar
bin Furak pengarang kitab Tabaqatul Mutakallimin, dan demikian juga dikatakan
oleh Ustadz Abu Ishaq al Arfaraini sebagai yang dinukilkan oleh Syeikh Abu
Muhammad al Junaidi dalam kitab Syarah Risalah.
Abu
Hasan al Asy’ari adalah seorang Ulama Besar, ikutan ratusan juta umat Islam
dari dulu sampai sekarang, karena beliau yang menjadi Imam kaum Ahlussunnah wal
Jama’ah sebagai lawan dari kaum Mu’tazilah, kaum Syi’ah, kau’m Mujassimah, dan
lain-lain firqah yang sesat.
Walaupun
beliau seorang Imam Besar dalam usuluddin, tetapi dalam furu’ syari’at
beliau menganut dan mempertahankan Madzhab Syafi’i Rahimahullah
Kisah Imam Syafii Ke-8
Sahabat, murid-murid dan pengikut mazhab Beliau
Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )KE-8
Ar Rabi’i bin Sulaiman al
Muradi (174 – 270 H)
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl., dibawa dari Bagdad
sampai ke Mesir. lahir tahun 174H. (wafat tahun 270 H.).
Beliau inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’i
pada suatu hari, di mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Beliau inilah yang membantu Imam Syafi’i Rhl. menulis kitabnya Al Umm dan kitab Ushul Fiqih yang pertama di dunia, yaitu Kitab Risalah al Jadidah.
Berkata Muhammad bin Hamdan : “Saya datang ke rumah Rabi’i
pada suatu hari, di mana didapati di hadapan rumahnya 700 kendaraan membawa orang yang datang mempelaja,ri kitab Syafi’i dari beliau”.
Ini suatu bukti bahwa Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi adalah seorang yang utama, penyiar dan penyebar Madzhab Syafi’i Rhl. dalam abad-abadnya yang pertama.
Tersebut dalam kitab Al Majmu’ halaman 70, kalau ada perkataan “sahabat kita ar Rabi’i” maka maksudnya adalah Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi ini.
Di dalam kitab Al Muhadzab tidak ada “Ar Rabi’i selain ar Rabi’i ini, kecuali satu Ar Rabi’i dalam masalah menyamak kulit yang bukan Ar Rabi’i ini, tetapi Ar Rabi’i bin Sulaiman al Jizi. (Beliau ini adalah sahabat Imam Syafi’i Rhl. juga).
Al Muzany (175 – 264 H)
Nama lengkap beliau adalah Imam Abu lbrahim Ismail bin Yatya Al Muzani, lahir di Mesir 175 H dan 25 tahun lebih muda dari Imam Syafi’i Rhl.
Imam Syafi’i Rhl. pernah berkata tentang sahabatnya ini, bahwa Al Muzani adalah pembela Madzhabnya.
Setelah Imam al Buwaithi ditangkap maka al Muzany menggantikan kedudukannya dalam halakah Imam syafi’i itu sampai beliau wafat pada tahun 264 H. (60 tahun terkemudian dari Imam Syafi’ i Rhl.).
Beliau adalah seorang ulama yang saleh, zuhud dan rendah hati. Beliau banyak mengarang kitab fiqih Syafi’ iyah, seumpama :
l. Al Jami’ al Kabir.
2. Al Jami’ as Shagir.
3. Al Mukhtashar.
4. Al Mantsur.
5. At Targib til trmu
6. Kitabul Watsaiq.
7. Al Masail al Mu’tabarah.
8. Dan lain-lain.
Al Humaidi (wafat 219H)
Nama langkap beliau adalah Abdullah bin Zuber bin Isa Abu Bakar al Humaidi. Beliau adalah juga murid langsung dari Iman Syafi’i Rahimahullah.
Beliaulah yang membawa dan mengembangkan Madzhab Syafi’i ketika di Mekkah, sehingga beliau diangkat menjadi Mufti Mekkah. Wafat di Mekkah pada tahun 219 H.
Inilah di antaranya murid-murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl. yang kemudian menjadi Ulama Besar dan tetap teguh memegang Madzhab Syafi’i.
Dengan perantaraan beliau-beliau inilah Madzhab Syafi’i tersiar luas ke pelosok-pelosok dunia Islam terutama ke bagian Timur dari Hijaz, yaitu ke lraq, ke Khurasan, ke Maawara an Nahr, ke Adzerbaijan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke Afganistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadaramaut, ke Pakistan, India dan Indonesia.
Beliau-beliau ini menyiarkan Madzhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada dua orang murid Imam Syafi’i Rhl., yaitu Ahmad bin Hanbal, (wafat 241) yang kemudian ternyata membentuk madzhab sendiri yang kemudian dikenal dengan nama Madzhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin Abdul Hakam, seorang Ulama murid langsung dari Imain Syafi’i Rhl. yang ilmunya tidak kalah dari al Buwaithi. Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Madzhab Maliki dan wafat dalam tahun 268 H. di Mesir.
Imam Buawaith(215 – 303 H)
Nama iengkap beliau adalah Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya al Buwaithi, lahir di desa Buwaith (Mesir) wafat 231 H.
Beliau ini adalah murid langsung dari Imam Syafi’i Rhl sederajat dengan Ar Rabi’i bin Sulaiman al Muradi.
Imam Syafe’i berkata: “Tidak seorang juga yang lebih berhak atas kedudukanku melebihi dari Yusuf bin Yahya al Buwaithi”, dan Imam Syafi’i Rhl. berwasiat, manakala beliau wafat maka yang akan menggantikan kedudukan beliau sebagai pengajar adalah Al Buwaithi ini.
Beliau menggantikan Imam Syafi’i Rhl. berpuluh tahun dan pada akhir umur beliau ditangkap lantaran persoalan “fitnah Quran”, yaitu tentang makhluk atau tidaknya Quran yang digerakkan oleh kaum Mu’tazilah.
Akhirnya al Buwaithi ditangkap oleh Khalifah yang pro faham Mu’tazilah, lalu dibawa dengan ikatan rantai pada tubuhnya ke Bagdad. Beliau meninggal dalam penjara di Bagdad tahun 231 H.
Beliau syahid karena mempertahankan kepercayaan dan i’itiqad beliau, yaitu i’tiqad kaum ahlussunnah wal Jama’ah yang mempercayai bahwa Quran itu adalah kalam Allah yang Qadim, bukan “ciptaan Allah”, (makhluk).
Semoga artikel tentang Kisah Ulama Mazhab Imam Syafe'i ini bisa bermanfaat serta menambah ilmu pengetahuan dan wawasan buat kita semua. Amin
# Saya mohon maaf jika didalam artikel ini kurang lengkap atau salah dalam penulisan dan penjelasaannya dan saya mohon masukannya dari sahabat Goresan Mutiara Tanganku.
0 komentar:
Posting Komentar